Wednesday, August 12, 2009

Semalam, hari ini dan esok.....

Semalam
pernah menjadikan kita seorang yang tabah, tenang, bersemangat dan lebih berhati-hati untuk menghadapi segala kemungkinan pada hari ini dan esok,
Semalam
pernah mendatangkan seribu satu macam suka duka pahit manis yang mendewasakan kita dan mematangkan segala tindaktanduk kita,
semalam
juga pernah mengisahkan sebuah cerita untuk dikongsikan kepada generasi-generasi muda agar mereka tahu asal-usul dan keringat yang telah membesarkan mereka,
Semalam
penuh dengan segala macam sejarah tentang hidup dan tentang kehidupan yang harus kita tempuhi pada hari-hari esok yang tiba.................
Hari ini,
bagai sebuah mimpi dan mainan kehidupan, Alhamdulillah kita masih bernafas dan berpeluang untuk menikmati segala kicau burung dan meriahnya sekeliling,
Hari ini,
seperti hari-hari semalam, masih dengan rutin sebuah kehidupan yang harus diteruskan tanpa sekali berpeluang untuk menghindarinya,
Hari ini,
juga seperti hari-hari sebelumnya, masih kita seperti yang dulu cuma mungkin bezanya pada usia, kematangan dan kedewasaan,
Hari ini,
adalah impian yang lahir dari cita-cita yang pernah diungkapkan semalam, walau pada batinnya tidaklah terlalu tepat namun sekurang-kurangnya satu kebanggaan pada sesiapa yang mempunyai keinginan itu,
Hari ini
adalah sebuah kesinambungan pada segala cerita semalam dan tidak ada kepastian untuk menyatakannya pada keesokan hari kerana segalanya bergantung pada takdir.........
Esok.......
jutaan rasa syukur kiranya masih bernafas, itu tandanya kita masih diberi peluang untuk mengumpulkan segala 'harta' untuk dibawa ke alamNya,
Esok......
walau masih belum pasti, sekurang-kurangnya 'bekalan' yang kita ada sejak semalam dan hari ini mampu membantu kita untuk berdiri teguh dan lebih yakin,
Esok......
juga sebuah kesinambungan, menandakan kita semakin jauh 'berjalan' dan yang pastinya masih terlalu banyak dugaan yang akan diredah,
Esok
yang menanti, hadapilah segala kemungkinan dengan hati yang lebih kuat dan tabah, yang pastinya itu adalah kunci kejayaan kepada 'perjalanan' kita....
Hanya sebuah kisah semalam, hari ini dan esok untuk si manusia......

1 comment:

Anonymous said...

mmmm.... semalam adalah semalam tapi ia nya perlu di ingat atau menjadi kenanggan yang mungkin tidak dapat dilupakan. hari ini adalah perjalanan yang perlu diteruskan untuk mencapai matlamat hidup..... esok kehidupan perlu diteruskan demi kejayaan atau tanggungjawap yang perlu dipikul..... eeeeeeeehhhhh..... ko paham ke?? aku pun tak tahu apa yang aku coment ini apa2 ajelah.... toing.... toing.... toing....