Wednesday, May 18, 2011

Info Kesihatan... PENYAKIT STROK

Strok di Malaysia.

Emosi. Imbangan. Koordinasi. Penglihatan. Pendengaran. Deria rasa. Pergerakan Terkawal. Strok adalah punca kematian ketiga terbesr di Malaysia. Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.



Apakah strok?
Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.


Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien. Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.




Serangan Iskemia Sementara (TIA)
Strok Iskemia: Apabila timbunan plak terbentuk di dalam arteri, ia menghalang pengaliran darah, menyebabkan ketulan-ketulan darah beku terbentuk, lalu mengganggu bekalan darah ke otak. Satu tanda penting ancaman strok adalah Serangan Iskemia Sementara (TIA), juga dikenali sebagai strok mini. Ia berlaku kerana gangguan bekalan darah yang sementara kepada bahagian-bahagian otak. Gejala-gejalanya amat serupa dengan strok sebenar, tetapi, tidak seperti strok yang serius, gejalanya muncul kurang dari 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya. TIA adalah petunjuk yang sebahagian otak tidak mendapat darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. TIA tidak boleh sekali-kali dibiarkan dan perlu dilaporkan kepada seorang profesional perubatan secepat mungkin.



Apakah Yang Menyebabkan Strok?
Terdapat dua jenis strok yang utama, dan setiap satunya mempunyai sebab yang berbeza. Jenis yang pertama, strok iskemia, terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Kerap kali, strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.
Strok iskemia mungkin disebabkan oleh:
Gumpalan darah: Gumpalan darah tersekat di arteri dan menghalang perjalanan darah. Trombosis serebrum, di mana darah beku (trombus) terbentuk di arteri utama yang menghala ke otak, menghentikan bekalan darah.
Embolisme serebrum, di mana gumpalan darah terbentuk di saluran darah di bahagian tubuh yang lain, contohnya di leher ataupun jantung, dan dibawa oleh aliran darah ke otak. Strok lakunar, di mana sekatan berada di saluran-saluran darah kecil jauh di dalam otak.


Jenis strok utama yang kedua adalah strok berdarah, di mana saluran darah di dalam atau di sekeliling otak pecah, menyebabkan pendarahan. Penyakit darah tinggi yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri, menambahkan risiko ia pecah atau berdarah.

Strok berdarah mungkin disebabkan oleh:

Strok berdarah: Apabila arteri pecah, darah dipaksa masuk ke dalam tisu otak, merosakkan sel-sel sehingga bahagian otak itu tidak dapat berfungsi.
Pendarahan intraserebrum, apabila saluran darah pecah di dalam otak itu sendiri. Pendarahan subaraknoid, iaitu apabila saluran darah di permukaan otak berdarah dan darah mengalir ke bahagian di antara otak dan tempurung kepala, yang dikenali sebagai ruang subaraknoid.




Siapakah Yang Berisiko?
Beberapa faktor berlainan meningkatkan risiko strok, termasuk: Tekanan darah tinggi (hipertensi) yang tidak dirawat. Ini merosakkan dinding-dinding arteri.
Diet. Diet yang tinggi kandungan garam dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, sementara diet yang banyak makanan berlemak dan manis dikaitkan dengan pengasaran permukaan dan penyempitan arteri. Penyakit kencing manis (Diabetes). Mereka yang menghidap kencing manis mengalami lebih kemungkinan mengalami tekanan darah tinggi dan aterosklerosis, dan oleh itu lebih berisiko mengalami strok. Pernah mengalami TIA. Dianggarkan seorang dari lima yang mengalami strok penuh pertama, pernah mengalami satu atau lebih TIA sebelumnya. Fibrilasi atrium. Jenis degupan jantung yang tidak teratur ini meninggikan risiko pembentukan gumpalan darah di dalam jantung, yang kemudiannya mungkin tertanggal dan dibawa aliran darah ke otak. Merokok. Ini mempunyai berbagai kesan negatif kepada arteri dan dikaitkan kepada tekanan darah yang lebih tinggi. Tabiat minum (alkohol) yang kerap. Selepas beberapa lama, ia menaikkan tekanan darah, sementara kesukuan minum alkohol boleh menaikkan tekanan darah ke ketinggian yang berbahaya dan mungkin menyebabkan saluran darah di otak pecah. Sesetengah jenis pil perancang keluarga. Ini boleh menjadikan darah lebih pekat dan lebih berkemungkinan bergumpal. Mereka juga boleh menaikkan tekanan darah.



Faktor-faktor risiko yang tidak boleh dikawal.
Umur. Strok lebih kerap terjadi kepada mereka yang berumur di atas 55 tahun, dan kadarnya terus meningkat dengan umur. Ini mungkin kerana arterosklerosis mengambil masa yang lama untuk terbentuk dan arteri menjadi kurang kenyal dengan pertambahan umur, menaikkan risiko tekanan darah tinggi.
Jantina. Lelaki lebih berisiko mengalami strok berbanding wanita, terutamanya di bawah umur 65.
Sejarah keluarga. Mempunyai saudara terdekat yang pernah mengalami strok meningkatkan risiko, mungkin kerana faktor-faktor seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis cenderung menimpa keluarga.



Apakah Gejala-Gejalanya?
Strok tidak terjadi tanpa amaran. Selalunya, ada tanda-tanda amaran. Dengan mengenali tanda-tanda ini dan mengambil tindakan segera untuk mendapatkan bantuan perubatan, anda boleh mengelakkan strok yang mendatang atau mengurangkan kesannya. Gejala-gejala utamanya adalah:

* Kelemahan atau merasa kebas mengejut di sebelah bahagian badan. Tanda-

tanda ini mungkin muka yang meluyut, meleleh air liur, merasa lemah pada

tangan atau kaki.
* Kekaburan penglihatan pada sebelah atau kedua-dua mata secara tiba-tiba.
* Kesukaran bertutur atau memahami pertuturan, atau pertuturan yang tidak

jelas.
* Pening, kehilangan imbangan, kekeliruan
* Sakit kepala yang teruk yang mengejut
* Rasa mual atau muntah

Bagaimana Strok Di Diagnos?
Beberapa penelitian boleh membantu mengenalpasti jenis strok yang telah berlaku dan pilihan rawatan yang terbaik. Ujian yang tepat akan berbeza di antara seorang dengan yang lain, tetapi yang biasa termasuk:
# Pengukuran tekanan darah.

# Ujian darah untuk memeriksa kandungan gula dalam darah, gumpalan dan

tahap kolesterol.
# X-ray dada untuk memeriksa masalah jantung atau dada.
# Elektrokardiogram (ECG) untuk mengukur rima dan aktiviti jantung.
# Ekokargiogram, sejenis imbasan jantung, untuk memeriksa kemungkinan

masalah jantung.
# Imbasan otak untuk mengenalpasti jenis strok dan mencari kesan-kesan

kerosakan.
# Imbasan Ultra-bunyi arteri-arteri karotid untuk memeriksa aliran darah ke

otak.

Apakah Kesan-Kesan Strok?
Kesan-kesan strok berbeza dari seorang ke seorang, bergantung kepada bahagian otak yang mana telah terjejas dan takat kerosakannya. Bagi sesetengah orang, kesannya agak sedikit dan sekejap; yang lain mengalami kehilangan upaya yang lebih teruk dalam jangka panjang.




Kekurangan fizikal selepas strok
Kehilangan pergerakan atau corak pergerakan yang tidak normal di sebelah badan (hemiplegia). Oleh kerana bahagian kanan otak mengawal bahagian kiri badan (dan sebaliknya), hemiplegia terjadi di bahagian badan yang bertentangan dengan lokasi strok.
* Koordinasi yang lemah
* Perawakan yang tidak normal.
* Kesukaran bertutur dan memahami, serta membaca dan menulis.
* Tidak dapat mengawal pembuangan najis.
* Kehilangan penglihatan separa.
* Tidak dapat menelan.
* Kekurangan kognitif
* Menjadi terlalu awas, cemas dan kelam kabut.
* Mudah murung, tidak dapat mengawal emosi.
* Konsentrasi yang lemah dalam mempelajari kemahiran baru.
* Tidak dapat memahami percakapan/ pertuturan.
* Kekurangan tanggapan ruang - persepsi
* Tidak boleh mengagak jarak, saiz, kedudukan
* Kehilangan rasa di sebelah badan
* Kehilangan imej tubuh.




Apakah Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Mengurangkan Risiko Strok?
Jadilah lebih aktif secara fizikal. Senaman membantu menurunkan tekanan darah (tekanan darah tinggi adalah satu-satunya faktor risiko terbesar untuk strok), mengawal berat badan, membantu membentuk imbangan lemak darah yang sihat dan meningkatkan kebolehan badan mengawal insulin. Tetapkan untuk melakukan apa-apa jenis aktiviti fizikal sederhana selama 30 minit sekurang-kurangnya lima hari seminggu.
Amalkan diet yang sihat. Buah-buahan segar dan sayur-sayuran adalah sumber penting antioksidan, vitamin dan mineral, yang dibuktikan oleh penyelidikan, dapat mengurangkan risiko strok. Pengambilan garam yang tinggi telah dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, sementara terlalu banyak lemak tepu boleh membawa kepada arterosklerosis (pengasaran permukaan dinding arteri).
Kekalkan berat badan yang sihat. Berat badan berlebihan membawa risiko strok.
Jangan merokok. Merokok meninggikan risiko strok kerana ia menyebabkan arterosklerosis (pengasaran permukaan dinding arteri) dan menjadikan darah lebih mudah bergumpal.
Minum alkohol dengan bijak. Memerhatikan pengambilan alkohol boleh membantu anda mengelakkan strok. Elakkan minum dengan banyak, terutamanya minum jumlah alkohol yang banyak sekaligus, kerana ini boleh menyebabkan tekanan darah melambung naik. Jangan minum setiap hari. Cuba untuk tidak minum satu atau dua hari dalam seminggu.
Periksa tekanan darah anda. Semua orang dewasa perlu memeriksa tekanan darah sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun (lebih kerap jika mereka menghidap tekanan darah tinggi), mengambil ubat atau mempunyai masalah perubatan yang lain.
Minta nasihat dari doktor anda sebelum mengambil pil perancang keluarga atau menjalani terapi penggantian hormon (HRT).



Mengurangkan Risiko Strok Berulang.
Mengamalkan gaya hidup sihat. Bagi mereka yang telah mengalami strok atau serangan iskemia sementara (TIA), sentiasa ada kebimbangan akan strok berlaku lagi. Walaupun risikonya lebih besar dari seseorang yang tidak pernah mengalami strok, anda boleh mengubahsuai gaya hidup anda untuk mengurangkan risiko strok berulang.


Bagaimana ubat-ubatan boleh membantu.
Jika anda pernah mengalami strok, besar kemungkinan anda ada mengambil ubat-ubatan yang ditentukan oleh doktor anda untuk mengurangkan risiko strok berlaku lagi.
Ubat-ubat yang ditentukan selalunya ubat yang :

* Merendahkan tekanan darah

* Mengurangkan risiko gumpalan darah

* mengurangkan tahap kolesterol ’tidak baik’
Adalah penting untuk anda mengambil ubat seperti yang ditentukan oleh doktor. Sesetengah orang berhenti mengambil ubat sebaik sahaja mereka merasa sihat – tanpa mengetahui yang mereka meletakkan diri sendiri dalam bahaya.Anda patut meminta doktor anda menerangkan apa dia ubat-ubat itu dan kenapa anda patut mengambilnya. Juga tanya doktor anda jika terdapat apa-apa kesan sampingan ubat-ubat itu dan jika anda mengalami apa-apa kesan sampingan yang tidak baik seperti pening atau mabuk-mabuk, anda mestilah memberitahu doktor anda.



Jenis-jenis ubatan
Ubat-ubat tekanan darah
Tekanan darah tinggi adalah sebab paling utama strok. Terdapat beberapa jenis ubat untuk merawat masalah ini. Beberapa jenis ubatan yang paling biasa digunakan adalah:
* Diuretik – membuang lebihan bendalir dan garam (sodium) dari tubuh

* Penghalang-beta – mengurangkan kadar degupan jantung dan pengeluaran

darah dari jantung.
* Penghalang saraf simpatetik – saraf simpatetik menjalar dari otak ke semua

bahagian tubuh, termasuk arteri. Ia boleh mengecutkan arteri, lalu

meninggikan tekanan darah. Kelas ubatan ini mengurangkan tekanan darah

dengan menghalang saraf-saraf ini dari mengecutkan saluran darah.
* Pengembang saraf – ini boleh menyebabkan otot pada dinding salurah darah

untuk berehat, membolehkan saluran mengembang.
* Penghalang enzim pengubah-angiotensin (ACE) – ini mengganggu pengeluaran

angiotensin tubuh, sejenis bahan kimia yang menyebabkan arteri mengecut.
* Penghalang penerima angiotensin II – menghalang kesan angiotensin
* Antagonis kalsium – boleh mengurangkan kadar degupan jantung dan

merehatkan saluran darah.
*
Ubat-ubatan anti-platelet dan aspirin untuk mengelakkan darah beku. Jika

anda telah mengalami strok iskemia (yang disebabkan oleh sekatan saluran

darah oleh darah beku), kemungkinan besar doktor anda telah menentukan

sejenis ubat untuk menjadikan darah anda kurang pekat dan kurang cenderung

membentuk gumpalan. Ubat-ubat ini termasuk asperin, tiklopidin dan

klopidogrel, yang dipanggil ubat-ubat anti-platelet. Mereka berfungsi dengan

mengelakkan sel-sel darah yang dikenali sebagai platelet dari menggumpal

untuk membentuk darah beku – yang boleh mengurangkan atau menghentikan

sama sekali pengaliran darah ke bahagian otak dan menyebabkan strok. Namun

begitu, ubat-ubat anti-platelet tidak sesuai bagi mereka yang stroknya

disebabkan oleh pendarahan akibat saluran darah yang pecah.

Ubat bagi fibrilasi atrium (degupan jantung tidak teratur)
Fibrilasi atrium adalah degupan jantung yang tidak teratur yang boleh menyebabkan gumpalan darah mudah terbentuk di dalam jantung. Darah beku ini mungkin tertanggal dan bergerak ke arteri di dalam otak dan mengakibatkan strok. Untuk mengelakkan ini dari berlaku, doktor mungkin menetapkan sejenis ubat anti-penggumpal, biasanya wafarin. Ubat ini menghalang protein-protein penggumpal, mencairkan darah, mengurangkan kemungkinan pembentukan gumpalan.


Ubat-ubat merendahkan kolesterol
Tahap kolesterol ‘tidak baik’ dalam darah yang tinggi meninggikan risiko strok. Jika perubahan diet seperti mengurangkan memakan daging dan makanan berlemak tinggi tidak mengurangkan tahap kolesterol di dalam darah, doktor anda mungkin akan menentukan ubat merendahkan kolesterol yang direka untuk mengurangkan tahap lemak (lipid) di dalam darah, termasuk kolesterol dan trigliserida.


Ubat-ubat untuk Diabetes Melitus
Diabetes (Penyakit kencing manis) menyumbang kepada pembentukan plak di dalam dinding arteri yang lama-kelamaan menyekat aliran darah. Jika tidak cukup darah sampai ke sel-sel otak, strok akan berlaku.
Jika anda menghidap kencing manis, adalah penting untuk memeriksa kandungan gula dalam darah anda secara tetap supaya doktor anda boleh menentukan ubat-ubat yang bersesuaian.


Pemeriksaan Kesihatan yang Tetap/ Teratur
Jika anda pernah mengalami strok, adalah penting untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara teratur supaya tekanan darah, tahap kolesterol dan berat badan anda dapat diawasi. Semua jenis ubat-ubatan di atas hanya boleh didapati dengan surat ubat doktor. Anda patut sentiasa mendapatkan penjelasan sepenuhnya dari doktor anda berkenaan manfaat dan kesan sampingan yang mungkin timbul dari ubat-ubat yang ditentukan bagi anda.



***Menjaga kesihatan adalah lebih baik dari merawat. Amalkan gaya hidup yang positif untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga***

Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI IBU....

-Bila seronok, aku cari.... pasanganku
-Bila sedih, aku cari.... Mak

-Bila berjaya, aku ceritakan pada.... pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak

-Bila bahagia, aku peluk erat.... pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku

-Bila nak bercuti, aku bawa.... pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak

-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.... Mak yang ingat aku

-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak telefon Mak

-Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak


"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk Mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah", Berderai air mata jika kita mendengarnya........ Tapi kalau Mak sudah tiada..........
-MAKKKKK!!!!!!!!!... RINDU DENGAN MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
-berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan
luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya


Kesimpulan: Hargai, sayangi dan berikan perhatian kepada ibu kita selagi ada peluang, jangan menyesal kemudian.

Monday, May 3, 2010

Minum air putih dan Kebaikannya.....

Dahaganya…... Minum banyak air pun tekak masih terasa haus lagi. Tapi air apa yang kita minum? Milo ais? Sirap limau? Teh tarik? Jus buah? Coke? Mengapa nda mau minum air putih? Apa?!! Nda best? Nda sedap? Nda ada rasa? Hmm… Begitulah persepsi segelintir masyarakat kita tentang air putih atau dipanggil air kosong, air masak ni. Mungkin ramai yang terlepas pandang kebaikan minum air putih.
Tahukah anda? semua air putih mempunyai banyak khasiat dan mampu menyembuh penyakit dengan cara yang mudah dan murah. Minum air putih sebanyak lapan gelas sehari dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan kita.
Berikut 8 sebab yang ingin saya kongsikan kepada kamu semua tentang kebaikan minum air putih;
1. Menguruskan badan khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet - air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.
2. Meningkatkan kesuburan - air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaan minum - air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser - air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan kekurangan pengambilan - air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat khasiat - air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung - air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
8. Ubat kepada penyakit strok - air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
Kesimpulannya - rajin-rajinlah minum air putih, hehehe.....

5 Cara Mudah Kurangkan Tekanan Kerja

Bekerja untuk mencari rezeki yang halal memang memenatkan. Malah ia mampu memberikan tekanan kepada sesiapa sahaja. Apatah lagi jika kerja yang anda lakukan berhadapan dengan 'deadline' dan tarikhnya pula semakin hampir.
Ada juga sesetengah kerja yang memaksa seseorang itu berhadapan dengan orang ramai yang mempunyai pelbagai ragam dan karenah. Jika tidak dituruti karenah tersebut, mungkin anda akan terlepas peluang menarik. Jadi mahu atau tidak, anda terpaksa merelakannya walaupun di dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa tertekannya anda.
Untuk itu, di sini diperturunkan lima cara mudah untuk anda mengurangkan tekanan di tempat kerja. Anda tidak memerlukan masa yang panjang untuk melakukannya, namun ia mampu memberikan anda kesegaran dan tenaga baru untuk menghadapi hari yang panjang.
1. Cuci muka terlalu lama duduk menghadap komputer memang memenatkan. Apa kata anda bangun sebentar dan pergi ke tandas untuk mencuci muka. Kesejukan air itu sudah pasti mampu memberikan anda kesegaran baru. Jika anda bernasib baik, mungkin anda akan mendapat beberapa ilham baru yang pastinya akan menguntumkan senyuman di bibir anda.
2. Membaca kisah lucu kisah-kisah lucu yang banyak dikirimkan oleh rakan-rakan melalui emel mungkin boleh digunakan ketika ini. Dengan membaca beberapa kisah lucu yang pendek, ia mampu membuatkan anda ketawa sendirian, sekaligus menjauhkan anda daripada tekanan kerja yang membelenggu anda. Selepas melepaskan tekanan melalui ketawa, anda kini lebih bersedia untuk menyambung pekerjaan yang sedang diusahakan.
3. Berbual dengan rakan di pejabat sudah pasti anda mempunyai ramai kawan. Untuk melepaskan tekanan, anda tidak semestinya perlu berbual dengan rakan rapat sahaja. Adakalanya rakan-rakan baru juga boleh menjadi tempat anda meluahkan rasa sekaligus mengurangkan tekanan yang anda tanggungi. Mungkin dengan perkenalan baru itu anda dapat menambahkan kawan serta peluang untuk bertukar-tukar fikiran dengan orang lain yang mempunyai latar belakang berbeza. Tetapi janganlah keterlaluan kerana orang lain juga pastinya mempunyai kerja yang mereka harus siapkan juga.
4. Ke kafetaria setelah seharian penat bekerja dan mengerah otak, tidak salah jika anda meluangkan sedikit masa untuk ke pantri atau kafetaria. Belilah sedikit makanan untuk mengisi perut anda yang berkeroncong. Rasa lapar yang ditanggung bukan membantu sebaliknya boleh menambahkan lagi tekanan yang dialami. Apabila sudah kenyang, anda pasti lebih selesa untuk meneruskan kerja yang terbengkalai sebentar tadi.
5. Berjalan seketika jika tekanan yang anda tanggung masih belum berkurangan, apa kata anda bangun sebentar dan berjalanlah di sekitar pejabat anda. Ambil masa beberapa minit untuk anda mencari ketenangan dan kekuatan untuk menyelesaikan segala tugasan yang diberikan. Dengan berjalan dan meninjau persekitaran tempat anda bekerja, ia mungkin boleh memberikan anda idea untuk bekerja dengan lebih berkesan. Jika anda bertuah, anda mungkin akan bertemu dengan seseorang yang mampu membantu anda. Apa yang penting anda tidak malu untuk bertanya dan mudah bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

Wednesday, April 14, 2010

My hometown - Tamparuli Valley





































Tamparuli is a small town and a sub-district of Tuaran on the west coast of Sabah, Malaysia. It is populated mainly by native Dusuns, while a sizeable Chinese community runs most of the shops in the town proper. As with many other small towns in Sabah and indeed Malaysia as a whole, the town itself consists of both newer concrete shoplots as well as old wooden ones, which are particularly prone to destruction by fire as evidenced in the destruction of one of the wooden shoplots in recent years.
The most famous landmark in Tamparuli is a long hanging bridge, which is immortalised in the song Jambatan Tamparuli, a popular KadazanDusun song. Another bridge, built for motor traffic, spans the river far below the hanging bridge and is frequently flooded during heavy rain.

Also known as 'Cowboy Town', Tamparuli is located just off the Kota Kinabalu - Sandakan road, making it a popular stop for a snack or meal for travellers taking this route from the direction of Kota Kinabalu. The town is also a convenient stop en route to the town of Kiulu, a popular whitewater rafting destination for domestic and foreign tourists alike.

Tuesday, November 10, 2009

SELAMAT ULANGTAHUN UNTUK DIRIKU...

Hari yang begitu bermakna dalam hidupku muncul lagi...............
hari aku dilahirkan ke dunia yang fana, hari aku mulai bernafas dan menghirup udara..
Hari aku mulai membuka mata melihat keindahan sekeliling.....
Dan hari aku mulai merasakan apa itu sebuah kehidupan yang sebenar-benarnya.
Seperti kebiasaannya kehadiran 9hb November menandakan satu lagi angka bertambah dalam usia si makhluk Tuhan ini, semakin dewasa dan matang dalam menghadapi segala onak dan duri dalam meniti hari demi hari sebuah perjalanan yang semakin jauh. Jutaan kesyukuran dipanjatkan kepada Tuhan Yang Maha Kuasa kerana dengan izinNya aku masih mendapat peluang dan ruang untuk terus menghirup dan menikmati keindahan pada setiap sudut yang ada. Juga jutaan terima kasih khas untuk ibuku yang telah membesarkan aku dan memastikan agar aku sentiasa dalam keadaan yang baik.
Kepada teman-teman, sahabat handai yang tidak putus-putus mengucapkan selamat hari lahir, juga jutaan terima kasih diucapkan, hadiah yang paling bermakna adalah apabila kita sentiasa diingati oleh orang lain walau dalam apa keadaan sekalipun.

Friday, October 23, 2009

Kenangan Terindah..... 25 September

Tahu kah engkau kekasih...
Apa yang slalu aku rasakan
di saat-saat aku sedang sendiri
selalu saja ingat padamu
aku sayang padamu
aku ingin dirimu
selalu bersamaku
aku sayang padamu
aku sayang aku sayang padamu
Tahukah engkau kekasih...
apa yang slalu aku fikirkan
di saat-saat aku sedang sendiri
aku selalu memikirkanmu
aku sayang padamu
aku ingin dirimu
selalu bersamaku
aku sayang padamu.......
aku sayang aku sayang padamu....


ahhh............ melodinya begitu indah dan menyentuh perasaan. Senikata yang menggambarkan tentang perasaan seseorang yang sedang dilamun cinta. Sebuah lagu kenangan yang sering kau nyanyikan sambil diiringi oleh alunan piano pada setiap malam yang begitu indah suatu waktu dahulu. Sungguh manis waktu itu, terasa seperti aku telah menemui sebuah kebahagiaan yang sejati. Hadirmu dalam hidupku adalah sebahagian daripada kehidupanku ketika itu sehingga telah memberikan impak yang besar dalam meniti dan menempuh hari-hariku. Aku semakin bersemangat dan bertambah ceria mengharungi dugaan harian. Kau segalanya bagi segala kehidupanku pada saat itu. Aku hanya ketawa bila kau menyatakan aku terlalu 'jiwang', padahal sebenarnya itu adalah pembawaan sifat kasih sayang yang hadir dalam diriku untuk dirimu satu-satunya. Kau sering mengingatkan aku agar jangan terlalu 'over' tetapi aku menganggapnya sebagai sebuah pembawaan perasaan yang sedang dibuai alunan cinta. Terima kasih kerana mengenalkan aku erti sebuah kasih sayang, tahu di hargai dan menghargai, mengambil berat dan terima kasih untuk segala yang kau pernah berikan.............
Tidak pernah ku menyangka dan meminta begini akhirnya sebuah pertemuan. Pertemuan yang sama sekali tidak pernah dirancang namun berjaya membuahkan bibit-bibit kasih sayang yang semakin bercambah dalam hatiku, cuma aku sama sekali tidak pasti tentang apakah yang bermain hatimu ketika itu. Memang terasa sungguh berat untuk menerima kenyataan itu, namun aku pasrah dan redha menerima segala kata-kata akhirmu. Keputusan yang kau berikan begitu menusuk kalbu saat ianya dilafazkan, namun aku berjaya mengawal setiap perlakuan di luar kawalan agar kau bisa tahu dan melihat aku tabah dan tidak goyah dengan perpisahan itu. Walau jauh di sudut hatiku yang paling dalam, aku ingin menangis dan seakan tidak sanggup untuk meneruskan kehidupan ini, segalanya gelap kini hari-hari esokku tanpa senyuman dan tawamu. Barulah aku memahami dan mengerti kini maksud 'jangan terlalu over' yang sering kau lafazkan padaku. Rupanya itu adalah simbolik pada perpisahan ini. Terima kasih untuk segalanya yang telah kau berikan. Terima kasih untuk permainanmu dan terima kasih untuk dendammu yang menjadikan aku sebagai mangsa. Doaku agar kau sentiasa berjaya dalam kerjayamu dan semoga kau menemui seseorang yang lebih sesuai. Maafkan segala salah dan silap yang sengaja atau tidak sepanjang perkenalan kita. Selamat tinggal!....