Adakalanya.......
kita tidak sedar bahawa seseorang yang sentiasa berada disamping kita itu adalah sebenarnya musuh dalam selimut kita,
Adakalanya.......
seseorang yang kita anggap 'best friend' atau sahabat baik itu adalah duri dalam daging,
Adakalanya.......
seseorang yang kita anggap terlalu baik dan suci hatinya adalah seorang yang paling buruk sifat dan juga hatinya,
Adakalanya.......
waktu kita dalam kesedihan dan merasa dunia ini tidak adil bagi kita sebenarnya adalah waktu yang paling indah,
Adakalanya.......
seseorang yang jauh dan jarang bersama kita itulah sebenarnya 'orang' yang boleh dijadikan sahabat dunia dan akhirat,
Adakalanya......
waktu-waktu yang masih berbaki yang sebenarnya 'dikhaskan' kpd kita langsung tidak kita sedari,
Adakalanya......
setiap perkataan yang lahir bukanlah menzahirkan apa sebenarnya maksud yang kita ingin sampaikan,
Adakalanya......
sukar untuk melepaskan seseorang yang paling kita sayangi tetapi kita tidak sedar akan hikmahnya sehinggalah suatu waktu yang tiba menjelaskan segalanya tentang 'dia',
Adakalanya .............. ahh.... buntu sudah akalku!!!





2 comments:
setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. jika kita mengetahuinya hari ini pasti kita akan merungut atau merasa hampa. percayalah pada satu masa nanti kita akan faham mengapa sesuatu itu terjadi dan kita akan pasti merasa bersyukur ianya terjadi.... eeeeehhhh petikan anonymous...
betul sy setuju dgn kamu..
Post a Comment