Wednesday, June 17, 2009

Pujangga menyatakan...........


Lebih 3 minggu geimon senyap walau tanpa niat untuk menyepikan diri. Ribut berserta taufan kesibukan yang melanda bak satu gelombang badai yang sangat dahsyat dan langsung tidak memberi ruang untuk geimon berasa tenang dan senang untuk bermain dengan tab-tab berhuruf pada papan berwarna hitam ini. Bagi sang pembaca yang sudi melapangkan waktu untuk membaca dan memberi komen, yang setia menantikan buah tangan baru, geimon memohon kemaafan kerana tidak ada bingkisan dan coretan baru segar yang dapat dijadikan cenderahati hatta untuk dikongsikan buat waktu ini, bukan tidak ada inspirasi yang hadir tetapi kecemburuan yang jelas pada masa membantutkan keinginan itu namun geimon berjaya juga mencuri waktu walau dihadang oleh bermacam halangan timbul tenggelam.....

Dalam kesempatan yang singkat ini, geimon ingin berkongsi kata-kata pujangga yang geimon percaya pernah menjadi motto setiap orang sejak dahulu, mahupun kini dan untuk selamanya...... teringat geimon pada alam persekolahan menengah dulu... guru kelas mengarahkan setiap pelajar memberikan sebaris ayat pujangga untuk diabadikan pada dinding kelas agar kami dapat menyelami dan memahami setiap perkataan itu dan mengharapkan agar kami bisa mengambil semangat yang ditekankan dalam ayat-ayat keramat tersebut. Disini, terdapat beberapa kata-kata pujangga yang masih segar dalam ingatan........

  • Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan menjanjikan akan adanya pertemuan semula selepas itu.
  • Jangan biarkan perahu hanyut tak ber'penghuni' nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.
  • Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan sendiri diabaikan orang.
  • Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.
  • Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah realiti esok hari...
  • Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.
  • Hanya mereka yang melepasi ujian akan melalui kehidupan dengan sabar.
  • Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana.
  • Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.
  • Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi.
  • Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.
  • Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.
  • Jangan impikan sesuatu tanpa berusaha mencapainya.
  • Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini.
  • Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.
  • Kita harus berkorban supaya orang lain juga dapat merasai kemanisan hidup.
  • Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.
  • masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.
  • Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.
  • Saya percaya bahawa esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.
  • Yang berlalu biarkan berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.
  • Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali.
  • Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi bahagia.
  • Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri.
  • Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang menggiurkan.
  • Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.
  • Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud.
  • Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti.
  • Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
  • Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.
  • Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.
  • Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?
  • Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?
  • Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.
  • Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur
  • Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang.
  • Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra.
  • Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.
Selamat memilih kata-kata pujangga anda!

2 comments:

Anonymous said...

Cewah kata pujangga yo... emm yg mana satu kata yg ko create???.. eh walau sesibuk mana pun luangkn lh buat perkara yg blh mbuat hati tenang n happy.. jgn serious sangat dgn kerja... heheee.. eh tak tahulh mahu pilih kata yg mana . mçm smua mpunyai maksud tersendiri. blh tahan juga ya daya ingatan ko siap blh ingat kenangan zaman skolah syabas . nda pyh lh ko minta maaf memang kita masing2 mmpunyai tugas yg mbt kita sibuk. eh bila jua saya setia mbaca haahaha. emm coretan seterus bila lg? tc

gim said...

tentunya yang pertama tu perkataan sa la, takkan ko x perasan, dlm setiap coretan sa kan pasti ada perkataan pertemuan dan perpisahan, cuba ko teliti betul-betul.... sekurang-kurangnya setakat ni ko la pembaca dan pelawat setia blog i, hehe...