Monday, November 24, 2008

Suatu masa di sebuah tempat...





Pemandangan sawah padi di tepi bukit ini mengimbas kembali kenangan semasa kecil di kampung, sungguh meriah dan indah sekali masa tu. Udara yang nyaman dan suasana yang tenang, namun nun di pinggir bukit kedengaran deru air sungai yang mengalir deras sentiasa diselangi dengan kicau ceria burung-burung pipit berterbangan. Sawah padi yang luas dan segar menghijau segalanya menjadi mimpi yang begitu indah, terasa seperti begitu enggan untuk terjaga apalagi untuk bangkit dari tidur. wah.... emosi juga ni, tapi apa yang saya coretkan di sini adalah kenyataan dan saya pasti bukan saya seorang sahaja yang pernah mengalami perasaan dan suasana seperti itu. kalau setiap peristiwa itu dapat kita kongsikan bersama, pasti ianya akan menjadi suatu kenangan yang paling manis dan seronok untuk dibualbicarakan. Bingkaikannya menjadi sebuah potret yang mewarnai dan pembakar semangat untuk menghadapi ranjau kehidupan yang penuh dengan liku dan onak duri.

2 comments:

Anonymous said...

Seronok nya hidup mu pernah merasa k sawah padi.....(tak lh mcm saya cuma tahu makan nasi sahaja hahahaha) betul juga ke tdak ko nie....

gim said...

pepatah melayu menyatakn.. jauh perjalanan luas pandangan, bnyk pengalaman bnykla untuk diceritakan... jadi, kalau x pernah ke sawah tu, baca ja la cerita ttg org yg selalu ke sawah... kata orang, berkongsi pengalaman... hehe